Saturday, May 26, 2007

Thursday, May 10, 2007
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut:
Friday, May 4, 2007
Umat Islam kelihatan bersahaja ketika minum. Saling tidak tumpah macam orang barat, minum sambil berdiri sudah menjadi perkara biasa apatah lagi memegang gelas dengan tangan kiri.Minum berdiri agak boleh diterima kalau sekiranya di sekitar tempat jamuan itu tiada kerusi atau tempat duduk, tapi apa hal nya dengan tangan kiri, dimana tangan kanannya?Bukankah sesuatu yang baik itu diminta menggunakan tangan kanan.Selain itu ada satu lagi seharusnya ada pada umat Islam iaitu minum secara sekali gus atau sekali hirupan.Sebenarnya Rasulullah pernah mengingatkan umat islam agar tidakbernafas di dalam cawan atau gelas air.Maknanya, Islam mengajurkan umatnya minum dengan berdikit-dikit. Apabila hendak bernafas hentikan minuman.Setelah itu minum lagi hingga selesai.Larangan ni adalah untuk menjamin kesihatan umat Islam agar terus selamat. Sesungguhnya penafasan di dalam air mengeluarkan karbon dioksida, maka jadilah air itu bercampur dengan karbon. Kalau ini terjadi maka kesihatan umat Islam akan terjejas. Selain dua perbuatan yang tidak disukai oleh Islam iaitu makan dan minum secara bersendirian. Keadan ini tidak digalakkan.Apabila hendak minum air pun diminta bersama yang lain iaitu secara berjemaah.Daripada ibnu Abbas katanya rasulullah bersabda :
"Janganlah kamu minum seorangdiri seperti keldai tetapi minumlahberdua dan bertiga. Dan bacalah Bismillah apabila kamu minum dan ucaplah Alhamdulillah apabila kamu selesai minum "
(riwayat at Tarmizi)
Wednesday, May 2, 2007
Ayyuha Sohibi.....
Sahabatku, terlalu banyak nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita dalamkehidupan kita selama ini. Bagaimanakita akan menghitungnya. Setiap detik kita bernafas, setiap saat jantungberdenyut, setiap detik mata berkelip.Tak termampu kita menghitung nikmatyang di beri.Syukur ke hadrat Allah SWT yang melimpah segala nikmat hidup lebih-lebih lagi menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang telah di beri nikmatIslam dan Iman.Justeru itu Allah SWT berseru kepada kita berulangkali sebanyak 31 kalidalam Surah lah-Rahman
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan
.Antara nikmat yang di beri ialah sepasang kaki buat kita berjalan kesana sini buat mencari rezeki Allah di bumi yang luas ini. Besarnya nikmat mempunyai sepasang kaki. Tanpanya tiada upaya kita untuk bergerak bebas melakukan kerja seharian. Sahabatku,kemanakah seharian kaki ku kaki mumelangkah pergi? Adakah kaki ku kakimu rajin benar melangkah ke tempat-tempat maksiat dan tempat-tempat hiburan yang melalaikan buat melampias nafsu serakah dan menghabiskan usia yang memang singkat ini.Atau kaki ku kaki mu ligat pula berkunjung ke tempat-tempat perjudian buat mencuba nasib manalah tahu ingin cepat kaya dengan jalan yang mudah dan haram. Kalau begitu langkah kaki kukaki mu, celakalah kita. Kaki ku kakimu akan menjadi saksi kerana melangkahke tempat yang menjadi kemarahan AllahSWT. Sahabatku, mengapa kita kufur nikmat? Alangkah baiknya kalau kaki kukaki mu di hayun ke masjid-masjid,majlis-majlis ilmu dan tempat-tempat kebajikan buat menyebarkan ilmu dan mengisi dada kitadengan ilmu dan iman.Rajin-rajinlahkaki ku kaki mu melangkah ke rumahsaudara-mara, orang-orang tua yang uzur buat menghubungi siratulrahim.Atau pun menziarahi saudaramu yang telah menjadi jenazah jadi iktibar buat mu bahawa kematian semakin hampir.Ringan-ringankanlah kaki ku kaki mu melangkah ke rumah anak-anak yatim.Jenguk-jenguklah ke rumah anak-anak istimewa yang dambakan kasih sayang ibu ayah. Hulurkan tanganmu membantu apa yang termampu, wang ringgit ataukudrat mu buat meringankan beban dan kedukaan mereka. Percayalah sahabatku,nanti hati kita jadi lembut dan sebak melihat ada yang punya kaki tapi lumpuh minta di kendong. Ada yangpunya kaki, kerusi roda kakinya.Ada yang punya kaki, dua tangan jadi kakinya. Mereka minta di suap, minta di pujuk kerana tak sempurna akalnya.Berilah sumbangan apa yang termampu.Riangkan hati mereka sambil mengusap kepala mereka tanda kasihmu. SyukurAlhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan kepada kita yang lengkap sempurna segala sifat anggota dan akal.Bagaimana harus kita mensyukuri segala nikmat yang di beri?Justeru itu,sebelum kaki ku kaki mu melangkah pergi, fikirkan banyak kali kemanakah tujuan mu? Sekiranya langkah kaki kukaki mu membawa kebaikan teruskan langkahan kaki tetapi jika sebaliknya,batalkan saja niatmu itu. Sahabatku, jangan kau hairan dan terkejut nanti di hadapan Allah SWT, lidah kita akan jadi kelu terkunci, tidak dapat berkata-kata lagi. Hanya setiap anggota, termasuk kaki ku kaki mu yang akan menjadi saksi setiap perbuatanmu.
Tuesday, May 1, 2007

Wahai TUHAN

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula kepada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat
Monday, April 30, 2007
